KUALA LUMPUR 22 Ogos – Hajat besar Datuk Lee Chong Wei untuk bergelar juara dunia buat kali pertama dalam penampilan terakhirnya bukan sahaja tidak kesampaian, malah berakhir dengan cukup mengejutkan apabila dia tersingkir seawal pusingan pembukaan di Glasgow, Scotland sebentar tadi.
Jaguh badminton perseorangan negara itu dikejutkan dengan kekalahan 19-21, 24-22, 17-21 kepada pemain bukan pilihan dari Perancis, Brice Leverdez dalam pertarungan yang berlanjutan selama sejam, 15 minit di Emirates Arena.
Ini adalah kali kesembilan Chong Wei, 35, gagal dalam percubaannya untuk merangkul kejuaraan dunia.