Timbalan Perdana Menteri meramalkan Malaysia menang sekurang-kurangnya 1-0.
Menurutnya, skuad bawah 22 negara antara yang terkuat dan berada pada pestasi terbaik.
“Saya yakin kita boleh menang namun kita tidak boleh memandang ringan Thailand kerana mereka juga pasukan yang kuat.
“Saya doakan pasukan kita menang dan ramalan saya kita akan mengalahkan Thailand sekurang-kurangnya 1-0,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas penyerahan 126 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha kawasan Parlimen Bagan Datuk di Dewan Datuk Mohamed Jamrah Sungai Sumun di sini hari ini.