Penyerang Portugal itu ditandatangani Milan daripada Porto sewaktu musim perpindahan lalu dan menjadi pemain pertama kelab berkenaan melakukan hatrik dalam saingan Eropah selepas pemain dari Brazil, Kaka ketika menentang Anderlecht pada 2006.

Dalam perlawanan tersebut tiga jaringan Silva hadir pada minit ke-10, ke-20 dan ke-56 manakala dua lagi diraih menerusi Hakan Calhanoglu minit ketujuh serta Suso sewaktu minit ke-63.

Gol tunggal Vienna diraih menerusi Alexandar Borkovic sewaktu minit ke-47.