Beliau yang ketika itu bermain untuk Arsenal bagaimanapun berkata, bukan niatnya untuk membaling pizza tersebut khusus ke arah Ferguson tetapi hanya melontarnya begitu sahaja.
“Berlaku kekecohan di dalam terowong pemain dan saya tidak tahu apa puncanya. Saya cuba melihatnya sambil memegang sepotong pizza dan nampak Sol Campbell, Rio Ferdinand dan Martin Keown saling tolak menolak termasuk (Patrick) Viera.
“Saya cuba untuk turut menyertai mereka tetapi tidak tahu bagaimana. Jadi saya baling sahaja pizza tersebut untuk menarik perhatian. Malangnya pizza itu melayang dan terkena ke muka Sir Alex,” cerita pemain berusia 30 tahun dalam satu program televisyen Sky, A League of Their Own yang dihoskan James Corden.
Fabregas bagaimanapun menegaskan dia tidak bermaksud untuk mengenakan Ferguson tetapi insiden itu berlaku secara spontan sahaja terus mengenai pipi pengendali dari Scotland itu.
“Saya minta maaf Sir Alex, tiada niat untuk melakukannya ke atas anda,” kata Fabregas yang kini bermain untuk Chelsea.