Pengadil tendang pemain digantung tiga bulan
PARIS 2 Feb. – Pengadil Perancis, Tony Chapron yang bertindak menyepak dan...
LONDON 26 Okt. – Pemilik Arsenal, Stan Kroenke berhasrat untuk terus mengekalkan Alexis Sanchez dan Mesut Ozil selain percaya kelab itu mampu menarik minat barisan pemain terbaik dunia meskipun tidak beraksi di Liga Juara-Juara.
Sanchez dan Ozil sehingga kini enggan memperbaharui kontrak mereka tetapi selepas aksi cemerlang bersama Alexandre Lacazette ketika menundukkan Everton 5-2, Kroenke berharap pemain serangan kelab itu akan kekal bersama hingga tahun hadapan.
“Kami mahu menarik pemain utama dunia, kekalkan pemain terbaik dan mereka adalah pemain utama kami.
“Saya melihat mereka beraksi, Ahad lalu dan mereka sangat cemerlang dan kami mahu mengekalkan mereka.
“Kami berusaha untuk kekalkan bakat utama kami dan pada masa sama menarik lebih ramai pemain baharu ke sini,” kata Kroenke.
Kroenke mengingatkan bagaimana Arsenal menewaskan Manchester City dan Chelsea di Stadium Wembley musim lalu dan perkara itu membuktikan bahawa mereka masih mampu bersaing dengan kelab-kelab kaya.
“Kami kalahkan City. Ada undang-undang yang cuba untuk menyelaraskan perbelanjaan kelab.
“Di Amerika Syarikat awak ada peraturan, pelbagai peraturan dan sangat mencabar. Wang banyak membantu kami,” katanya.
Kroenke bagaimanapun menyedari peningkatan ketara dari segi pembayaran gaji dan dia percaya Arsenal masih memiliki kelebihan untuk menarik pemain.
“Kami ada bandar yang hebat, kelab dengan tradisi yang hebat. pengurus yang hebat selain beberlanja besar untuk pemain.
“Awak boleh katakan sebuah kelab melakukan semua ini tetapi kami juga melakukannya.
“Saya suka dengan tradisi kelab ini, pemain yang hebat dan saya boleh katakan ini adalah kelab terhebat.
“Untuk saya ia adalah kelab terhebat di London, salah sebuah daripada bandar terhebat di dunia. Saya sentiasa merasakan Arsenal mampu bersaing di peringkat tertinggi dan masih boleh menjadi lebih baik,” katanya.
PARIS 2 Feb. – Pengadil Perancis, Tony Chapron yang bertindak menyepak dan...
APA nak jadi sebenarnya dengan The Red Giants? Sebuah pasukan bola sepak...
KUALA LUMPUR 2 Feb. – Liga Malaysia (Liga M) mengikat perjanjian yang...
First of all…welcome to Old Trafford, Jose Mourinho..dahulu ku membencimu tetapi kini...
Tatkala Lionel Messi dibicarakan susulan kes penipuan cukai, Cristiano Ronaldo pula mendermakan...
Ketua jurulatih hoki negara, Stephen Van Huizen, tidak akan mempertimbang untuk memanggil...
PARIS 2 Feb. – Pengadil Perancis, Tony Chapron yang bertindak menyepak dan...
APA nak jadi sebenarnya dengan The Red Giants? Sebuah pasukan bola sepak...
KUALA LUMPUR 2 Feb. – Liga Malaysia (Liga M) mengikat perjanjian yang...
KANGAR 28 Dis. – Harapan Perlis untuk bersaing dalam Liga Perdana musim...