Ini juga adalah kali pertama sejak 1994, Everton mempamerkan kebangkitan selepas ketinggalan 0-2 dan kemenangan tersebut amat menggembirakan pengendali sementara kelab tersebut, David Unsworth yang merasai kemenangan buat kali pertama.

“Apa jua yang kami akan hadapi saya tetap bangga dengan kemenangan ini.

“Kini tiada siapa yang mampu untuk mengambil kemenangan ini daripada kami,” kata Unsworth.

Dalam perlawanan tersebut Watford mendahului dengan dua jaringan daripada Richarlison sewaktu minit ke-46 dan Christian Kabasele ketika minit ke-64.

Everton mula mempamerkan kebangkitan menerusi jaringan daripada Oumar Niasse ketika minit ke-67, Dominic Calvert-Lewin minit ke-74 dan Leighton Baines sewaktu masa kecederaan.