Brazil muncul pasukan pertama mengesahkan diri ke saingan piala berprestij itu yang akan berlangsung di Rusia itu selepas mengungguli kumpulan benua Amerika Selatan, manakala Jepun mara buat kali keenam berturut-turut ke kempen Piala Dunia.

“Sangat penting untuk membuat persediaan bagi menghadapi Piala Dunia, sekali pun ia adalah aksi persahabatan.

“Sangat penting buat pemain untuk faham dan mulai dari sini dan berikutnya, kita tahu kekurangan dan kelemahan sebelum ke Piala Dunia.

“Sukar untuk memperbaikinya jika persediaan dibuat saat-saat akhir,” kata jurulatih Brazil, Tite dalam sidang akhbar menjelang pertembungan itu hari ini.

Dijangka, penyerang Liverpool Philippe Coutinho yang masih belum pulih sepenuhnya, akan menjadi pilihan untuk membarisi kesebelasan utama pada aksi yang berlangsung di Stade Pierre-Mauroy nanti.