Kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri tanpa jaringan pada aksi pertama di Wellington pada Sabtu lalu, namun Peru berada di depan pada minit ke-27 menerusi tendangan deras Farfan di dalam kotak penalti.
New Zealand yang terdesak untuk menyamakan kedudukan, membawa masuk Chris Wood di babak kedua, dengan beberapa percubaan tepat berjaya dilakukan oleh penyerang Burley itu.
Dalam usaha skuad Kiwi mencari gol penting, Ramos bagaimanapun menambah derita buat pasukan pelawat itu pada minit ke-64.
Pasukan dari Amerika Selatan itu, yang kali terakhir beraksi di Piala Dunia adalah pada 1982, merupakan pasukan di ranking ke-10 dunia buat masa ini, juga kedudukan paling terbaik.