Awal pagi kelmarin, pemain berusia 29 tahun itu pengsan di bilik persalinan ketika waktu rehat semasa perlawanan yang menyaksikan Argentina kalah 2-4 kepada Nigeria dalam aksi persahabatan

Manchester City berkata, Aguero yang menjaringkan gol pada babak pertama ketika menentang Nigeria, telah diterbangkan ke England mengikut jadual yang telah ditetapkan selepas menjalani pemeriksaan lanjut.

Aguero, yang menjaringkan lapan gol dalam saingan liga musim ini, berkata menerusi laman sosial Twitter miliknya, dia tidak sabar untuk berdepan skuad Foxes.

“Semua ujian yang mereka jalankan terhadap saya (hanya sebagai langkah berjaga-jaga). Saya harap ia berjalan lancar, jadi saya boleh turun pada perlawanan Sabtu ini. Ayuh, City!!” tulis Aguero.