Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Noraida Mohd. Yusof dalam sidang media memperkenalkan jurulatih baharu skuad The Ants di sini, hari ini.
Rajagobal, 61, memulakan karier kejurulatihan bersama PKNS pada tahun 1990 hingga 1998 sebelum mengembangkan kariernya mengendalikan Selangor, Kelantan, skuad bawah 19 tahun Malaysia, Harimau Muda A, bawah 23 tahun Malaysia, pasukan kebangsaan dan yang terakhir Sarawak.