Pengendali dari Perancis itu membuat 11 pertukaran pemain yang telah menumbangkan Tottenham Hotspur pada minggu lepas dalam pertembungan derby London, dengan hanya memasukkan tiga tonggak Arsenal iaitu Olivier Giroud, Jack Wilshere dan Danny Welbeck.

Bagaimanapun, skuad Gunners menerusi penalti yang disempurnakan Sehrou Guirassy pada minit ke-62 susulan pertahanan Arsenal, Mathieu Debuchy menjatuhkan penyerang Perancis itu.

Cologne, yang masih belum berupaya menamatkan kemarau kemenangan sepanjang 12 perlawanan Bundesliga musim ini, menaiki ke anak tangga kedua pada ketika saingan berbaki satu perlawanan, dengan seri 0-0 antara BATE Borisov dan Red Star Belgrade di Belarus mengesahkan Arsenal sebagai juara kumpulan.

“Kami tewas dalam perlawanan yang mana Cologne hanya membuat satu percubaan tepat selain penalti. Kami sentiasa kehilangan sesuatu untuk menjaringkan gol.

“Cologne bertahan dengan semangat yang tinggi dan kemenangan pada malam ini telah memberikan satu kegembiraan besar buat mereka,” kata Wenger.

Sementara itu, juara Eropah tujuh kali, AC Milan mengesahkan diri ke peringkat 32 pasukan terakhir selepas menjuarai Kumpulan D apabila membenam Austria Vienna di San Siro.

Tindakan Christoph Monschein meletakkan Vienna terlebih dahulu di depan menjadi titik permulaan terhadap Milan, dengan lima jaringan disumbang oleh Ricardo Rodriguez termasuk Andre Silva dan Patrick Cutrone, yang masing-masing menyumbat dua gol.