City memastikan kejayaan ke-11 dalam saingan liga untuk menyamai rekod kelab selain ia merupakan kejayaan ke-18 dalam semua pertandingan selepas bangkit daripada ketinggalan satu gol dalam aksi di Stadium John Smith.
City ketinggalan menerusi jaringan sendiri Nicolas Otamendi sebelum Segio Aguero meraih gol penyamaan menerusi sepakan penalti dan Raheem Sterling memastikan kemenangan bertuah pasukan Guardiola pada penghujung permainan.
Skuad Guardiola kini memiliki kelebihan lapan mata selaku pendahulu Liga Perdana selepas meraih beberapa kejayaan besar termasuk 7-2 ke atas Stoke, 6-0 ke atas Watford dan masing-masing 5-0 ke atas Liverpool serta Crystal Palace.
“Kami perlu menang perlawanan seperti ini kerana ia sangat penting.
“Apabila kami menang, semua orang gembira dan bercerita mengenai perkara yang baik tetapi itu bukan realiti sebenar di dalam sukan berkelas tinggi.
“Dalam sukan berkelas tinggi, awak memiliki masa rehat seminggu untuk mempersiapkan pasukan, awal boleh menjaringkan gol. Tetapi secara normal, tidak banyak akan berlaku.
“Saya tidak ingat mana-mana pasukan, bukan Manchester United di bawah Ales Ferguson atau Arsenal di bawah Arsene Wenger yang boleh merekodkan kemenangan 4-0 atau 5-0 sepanjang masa. Itu perkara mustahil.
“Paling penting adalah mengharungi waktu itu dengan baik dan menang. Dalam perlawanan ini kami beraksi dengan sangat baik,” kata Guardiola.