Penjaga gol veteran Juventus itu sebelum ini mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa sejurus selepas Itali gagal ke Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun selepas tewas menerusi agregat 0-1 kepada Sweden, dua minggu lalu. Dia memiliki 175 cap bersama skuad Azzurri.
“Saya mengambil rehat daripada skuad kebangsaan tetapi terlalu sukar untuk menolak panggilan negara jika mereka memerlukan saya pada masa akan datang.
“Pada usia tertentu, ia memang sesuai untuk saya berehat seketika namun jika mereka (skuad kebangsaan) benar-benar ketiadaan penjaga gol yang bagus dan meminta saya kembali, maka saya sentiasa bersedia sekali pun usia saya sudah menjangkau 60 tahun,” kata Buffon ketika ditemui dalam Grand Gala del Calcio di sini, hari ini.
Buffon, 39, sebelum ini turut memberitahu, musim ini adalah yang terakhir dalam kariernya, kecuali jika Juventus berjaya merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara kerana dia perlu kekal untuk beraksi dalam Piala Dunia Kelab.