Sepanyol dan Itali menang, Ireland kecewa

By
Updated: June 14, 2016

DALAM saingan kumpulan D semalam, Sepanyol yang turun selaku juara bertahan mendominasi permainan sejak sepak mula namun pelbagai percubaan pasukan itu dinafikan ketangkasan penjaga gol Republik Czech, Petr Cech.


Gol kemenangan hanya hadir tiga minit sebelum masa permainan tamat menerusi Gerard Pique yang menanduk hantaran Andres Iniesta.

Vladimir Darida berpeluang menyamakan kedudukan namun tendangan volley dari jarak dekatnya diselamatkan penjaga gol Sepanyol, David de Gea.

Sementara itu bagi saingan kumpulan E, Itali mempamer aksi cemerlang menundukkan Belgium 2-0.

Kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan, namun Itali terlebih dahulu menemui gol pembukaan menerusi pemain tengah, Emanuele Giaccherini pada minit ke-32.

Tersentak, Belgium menggandakan asakan, namun kekebalan pertahanan the Azzuri dan ketangkasan kapten Gianluigi Buffon menyelamatkan gawang daripada dibolosi.

Belgium terus malang apabila Graziano Pelle mencetak gol kedua buat Itali menerusi serangan balas pada minit akhir perlawanan.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan E, Ireland seri satu sama dengan Sweden.

Ireland mempunyai lebih banyak peluang di depan gol akhirnya mendahului perlawanan menerusi Wesley Hoolahan tiga minit selepas permainan bersambung di babak kedua.

Pemain Norwich City itu melakukan half volley selepas menerima hantaran Seamus Coleman.

Sweden cuba bangkit dalam babak dengan cubaan Zlatan Ibrahimovic yang tersasar.

Hanya pada minit ke-71, pemain Ireland Ciaran Clark tertanduk bola ke dalam gawang sendiri selepas cuba mengeluarkan hantaran Ibrahimovic.