Pemain Brazil itu yang masih kecewa apabila permohonannya untuk berhijrah ke Barcelona ditolak pada musim panas lalu oleh The Reds, meskipun kelab gergasi Sepanyol beberapa kali cuba mendapatkan khidmat Coutinho.
Sejak daripada itu, spekulasi membabitkan masa depannya bersama The Reds berterusan dan selepas meledak hatrik ketika Liverpool membelasah Spartak Moscow 7-0 dalam aksi Liga Juara-Juara, semalam, malah kelab gergasi itu dilaporkan bersedia untuk membawanya ke Sepanyol.
Barcelona juga telah menyediakan peruntukkan sebanyak 127 juta pound (RM699.26juta) untuk mendapatkan pemain tengah Liverpool itu, pada awal tahun depan.
“Sekarang saya berada di Liverpool dan saya sentiasa melakukan yang terbaik apabila diberikan peluang untuk bermain, menghormati jersi dan juga peminat.
“Namun pada musim panas lalu, saya tertarik dengan tawaran diterima daripada kelab lain. Sudah tentu banyak perkara berlaku pada musim panas lalu tetapi keinginan saya sentiasa ingin bermain dan melakukan yang terbaik di sahaja saya berada dan itu tidak akan berubah,” katanya.