Pemain kebangsaan Brazil itu dipinggirkan oleh Conte selepas tidak bersetuju dengan taktikal yang digunakan Chelsea ketika mereka kalah kepada Roma dalam Liga Juara-juara pada Oktober lalu dan reaksinya di bangku pemain apabila digantikan dalam perlawanan menentang kelab Itali tersebut.
Pemain pertahanan tengah itu kemudian mengalami kecederaan buku lali dan tidak dapat bermain untuk Chelsea selama tiga minggu. Bagaimanapun Luiz sudah sedia untuk kembali Sabtu ini apabila Chelsea bertemu Southampton di laman sendiri.
Sumber terdekat Luiz memberitahu bahawa desakan yang dibuat pemain itu ke atas Conte bertujuan untuk memastikan dia sentiasa diberikan peluang bermain.
“David Luiz sama seperti pemain lain yang ingin beraksi dan kini kita lihat apa yang bakal berlaku nanti,” kata sumber terdekat pemain itu.
Sementara itu, ditanya berhubung perkara ini kepada Conte, pengurus dari Itali itu berkata: “Saya berpendapat ini bukan masa yang sesuai untuk bercakap berhubung isu berkenaan.
“Masih banyak perlawanan sebelum musim perpindahan dan bagi saya perkara tersebut bukan sesuatu yang penting.”