Silva, 33, yang merupakan bekas pemain kelab Hanoi FC di Vietnam tahun ini, menolak khabar angin sebelum ini yang mendakwa bakal mewakili sebuah kelab di Thailand pada tahun depan.
Sebaliknya, pemain tengah itu yang pernah beraksi dalam La Liga Sepanyol bersama kelab Malaga pada 2016 berkata, dia teruja untuk menyarung jersi jersi Kedah.
“Saya dan keluarga sememangnya ingin menetap di Alor Setar kerana bandar ini merupakan tempat terbaik untuk kami sekeluarga,” katanya.
Kenyataan Silva itu dimuat naik dalam Facebook Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) hari ini.
Silva pernah bermain dengan pasukan Daejeon Citizen di Korea Selatan pada tahun 2015 d tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar pukul 9.12 malam semalam.
Ketibaan pemain itu disambut oleh beberapa pegawai Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).
Pemain itu pernah berlatih bersama skuad Lang Merah pada awal musim 2016 dan hampir didaftarkan namun isu teknikal membuatkan Kedah terpaksa melupakan khidmatnya.
Silva dijangka mengisi slot kuota pemain import Asia bagi mengisi kekosongan pemain import tengah, Zack Anderson yang tidak disambung kontraknya pada musim depan.
Sementara itu, Setiausaha KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai kehadiran pemain import baharu itu bagi menjalani latihan sebelum penilaian akhir dibuat ketua jurulatih, Ramon Marcote.
Menurutnya, pihak pengurusan menyerahkan sepenuhnya kepada Marcote untuk mempertimbangkan kedudukan pemain import baharu itu.
“Bagaimanapun KFA menyerahkan tugas memilih tiga pemain import baharu itu kepada Marcote.
“Kedah mempunyai tiga lagi kuota pemain import iaitu dari Asia, ASEAN dan lain-lain negara,” katanya.