Selepas ditabal pemain terbaik Afrika oleh BBC sebelum ini, pemilihan Salah, 25, kali ini dibuat oleh kira-kira 100 wartawan daripada beberapa negara Arab menerusi satu proses undian yang dijalankan.

Salah yang mula mencipta nama sejak berhijrah dari AS Roma ke Liverpool dijangka turut menjadi pilihan untuk muncul Pemain Terbaik Afrika anjuran persekutuan bola sepak benua itu dalam satu majlis di Accra, Ghana pada Khamis ini. Bersama Liverpool, dia sudah menjaringkan 17 gol dalam kancah Liga Perdana Inggeris dan 23 gol di semua peringkat pertandingan.