Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, Kim Swee akan dihantar ke negara berkenaan mengikut perancangan yang dibuat sebelum ini sejajar usaha menjamkan lagi kemahiran beliau.
“Kim Swee akan ke Sepanyol pada Mac ini melalui perancangan yang telah dibuat sejak enam bulan lalu bagi membolehkan beliau memahirkan lagi skil dan pengetahuannya dalam bidang kejurulatihan.
“Beliau mungkin akan dihantar ke Athletico Madrid untuk tempoh sebulan atau dua bulan,” katanya selepas Majlis Penyerahan Sijil Malaysia Books Of Records kepada Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) di Hotel Thistle, di sini sebentar tadi.