Austria yang tidak kalah dalam 10 aksi kelayakan mereka sebelum ini mula berdepan igauan negeri itu sebaik Hungary membuka jaringan menerusia Adam Szalai pada minit ke-62.
Nasib mereka tambah parah apabila seorang pemain pertahanannya, Aleksander Dragovic dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua pada minit ke-67.
Kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh Hungary yang turun selaku pasukan bukan pilihan untuk menjaringkan gol kedua menerusi pemain gantian, Zoltan Stieber pada minit ke-87.
Hungary merupakan pasukan yang tidak diletakkan harapan tinggi kerana hanya layak ke pusingan akhir Euro 2016 ini menerusi playoff.