Bekas penyerang England, Alan Shearer, yang kini seorang pengulas TV, mengetuai gesaan supaya pasangan itu menggantikan Harry Kane dan Raheem Sterling yang tidak menyerlah ketika seri 1-1 dalam perlawanan pembukaan dengan Rusia mahupun ketika separuh masa pertama menentang Wales.
Penjaring terbanyak Liga Perdana, Kane jarang menyentuh bola di dalam kawasan penalti lawan dalam mana-mana perlawanan itu.
Namun Vardy hanya memerlukan 11 minit untuk menyumbat gol yang meletakkan England kembali setara manakala Sturridge menemukan ruang untuk melepasi kawasan penalti yang sesak dan menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan.
“Ya, saya lebih daripada gembira dengannya,” kata Vardy semalam apabila ditanya harapannya untuk menyertai barisan utama.
ke atas Slovakia akan meletakkan England selaku juara Kumpulan B dan memastikan mereka akan menentang salah satu daripada empat pasukan tempat ketiga di peringkat kumpulan yang mara ke pusingan kedua, sekali gus memberikan mereka peluang besar untuk meneruskan kemaraan.
Seri atau kalah bakal menjadikan keadaan semakin sukar, bergantung kepada bagaimana keputusan Wales menentang Rusia.
Menentang Slovakia, ancaman terbesar England mungkin datang daripada pemain tengah Marek Hamsik yang merancang gol disempurnakan Vladimir Weiss dan menjaringkan satu menerusi rembatan melengkung ketika mereka menang 2-1 ke atas Rusia.
Weiss membayangkan Sturridge, bekas rakan sepasukannya di akademi Manchester City, sebagai pemain berbahaya England.
“Dia seorang pemain luar biasa, yang boleh disaksikan di kedua-dua peringkat kelab dan negara,” katanya.
Bagi Slovakia yang bermain dalam pusingan akhir Kejohanan Eropah pertamanya, pertaruhan dalam perlawanan ini memang tinggi.
“Inilah apa yang kami mahukan, apa tujuan kami datang, untuk membuktikan sesuatu yang besar dan bahawa kami mampu diukur standing dengan pasukan seperti England,” kata pemain tengah Dusan Svento.