Persekutuan Bola Sepak Croatia (HNS) didenda 100,000 Euro (RM460,859) semalam gara-gara tindakan penyokong negara itu melemparkan suar ke dalam padang Saint-Etienne semasa seri 2-2 dengan Republik Czech, Jumaat lalu.

Jurulatih Croatia, Ante Cacic melabelkan mereka sebagai ‘pengganas sukan’.

Bagaimanapun, Cacic berharap perlawanan tersebut akan berlangsung secara aman menerusi peningkatan tahap keselamatan.

“Saya tidak terlalu bimbang, pihak penganjur dan anggota polis Perancis sudah membuat persediaan rapi dan cuba untuk mengatasi semua masalah ini,” katanya.