Ketika Hungary sedang mengejar Iceland yang mendahului 1-0 dalam perlawanan Kumpulan F itu, para pemuzik daripada Hungarian Radio Symphony Orchestra berkenaan meletakkan instrumen mereka selepas tamatnya satu sesi persembahan mereka bagi menonton minit-minit terakhir perlawanan tersebut.
Menurut seorang jurucakap penganjur konsert itu, Marcell Nemeth, ruang orkestra telah dikosongkan dalam masa yang pantas setelah tamatnya sesi persembahan itu.
Perlawanan berkenaan menyaksikan Hungary berjaya mendapatkan satu mata apabila jaringan sendiri pertahanan Iceland, Birkir Savarsson dua minit sebelum tamat perlawanan menjadikan kedudukan terikat 1-1.
Tambah Nemeth, untuk persembahan seterusnya daripada kumpulan pemuzik itu, mereka sudahpun mengecat muka masing-masing dengan warna kebangsaan bagi meraikan keputusan perlawanan itu.