Penyerang Croatia, Ivan Perisic berkata, misi pasukannya kini adalah memperbaiki pencapaian terbaik negara itu, iaitu menduduki tangga ketiga pada Piala Dunia 1998.

“Jika kami kalah dalam perlawanan berikutnya bermaksud kami tidak melakukan perkara penting, jadi kami perlu fokus untuk untuk kekal dalam persaingan dan memberi aksi baik seperti tiga perlawanan pertama.

“Dengan cara ini kami boleh pergi lebih jauh dan meraih keputusan lebih baik berbanding pada 1998,” kata Perisic.

Perisic mencipta gerakan untuk gol pertama yang disempurnakan Nikola Kalini, sebelum meledak gol kemenangan di Bordeaux bagi membawa Croatia ke saingan kalah mati selaku juara Kumpulan D.

Sementara itu, jurulatih Croatia, Ante Cacic gembira dengan keputusan yang diraih dan menyifatkan barisan pemainnya berjaya memberi impak.

Malah, dia turut memuji Kalinic kerana menggantikan tempat Mario Mandzukic dengan baik.

“Keputusan ini amat penting untuk kami. Kami menewaskan juara Eropah.

“Kami menang dengan pasukan yang kuat, bukan perlawanan ini sahaja, sebelum ini kami turut berdepan dua pasukan kuat.

“Hari ini saya melakukan lima pertukaran pemain dan ia menjadi,” kata Cacic.