Sigurdsson merupakan antara watak utama Iceland ketika pasukannya mengejutkan England di pusingan 16 terakhir seterusnya mara ke peringkat suku akhir dalam kemunculan sulung negara itu di kejohanan Eropah.
“Saya sangat berbangga. Ini merupakan satu pertandingan yang hebat dan istimewa bagi pasukan kerdil seperti kami.
“Kami sebenarnya telah berjaya mencatat keputusan di luar jangkaan. Tiada siapa menyangka kami mampu melangkah sejauh ini tetapi ini merupakan sesuatu yang bagus kerana dapat memberikan perkembangan positif kepada bola sepak Iceland pada masa akan datang,” katanya.