Nama Coleman menjadi sebutan hangat selepas prestasinya memberangsangkan Wales yang berjaya layak ke pentas Eropah buat kali pertama selain menjadi watak penting ketika pasukan bimbingannya merakam kejutan menundukkan Belgium 3-1 dalam aksi suku akhir, Jumaat lalu.
Ketika ini, England sedang mengintai pengurus baharu selepas Roy Hodgson mengambil keputusan berundur susulan dimalukan Iceland pada pusingan 16 terakhir dan Coleman tidak menyangka Persatuan Bola Sepak England (FA) akan menghubunginya bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.
Bagaimanapun, Coleman menolak dan menyatakan dia kurang berminat mengendalikan England yang juga merupakan musuh tradisi Wales.
“Saya perlu diberikan lebih masa bagi menghormati keputusan Roy Hodgson,” katanya.