Walau bagaimanapun, dia menerima tamparan hebat apabila dikejutkan dengan masalah kecederaan apabila terpaksa dikeluarkan pada minit ke-25 permainan sekali gus menamatkan perjuangannya untuk membantu Portugal merangkul trofi kejuaraan.
Portugal seharusnya mengucapkan terima kasih kepada penyerang gantian, Eder selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan hasil rembatan dari luar kotak penalti seterusnya mengubati kekecewaan mereka dalam aksi akhir Euro 2004 di mana mereka tumpas 1-0 kepada Greece di laman sendiri.
Pada ketika itu, Ronaldo berusia 19 tahun dan bermain di posisi sayap meratapi kekalahan itu, malah dia turut bertanya kepada diri sendiri adakah dia berpeluang untuk menebus kekecewaan tersebut.
Kejayaan Portugal menjuarai Euro 2016 merupakan kejuaraan pertama dalam kejohanan utama.
“Saya berasa sangat gembira. Sudah lama saya menanti detik manis ini, sejak 2004. Saya pernah bertanya kepada Tuhan untuk peluang kedua sebab kami layak untuk menerimanya.
“Hari ini saya tidak bernasib baik, saya cedera, namun saya sentiasa percaya kepada rakan sepasukan, bermain bersama strategi, sudah cukup kuat untuk menumpaskan Perancis.
“Ini merupakan detik terindah sepanjang karier saya. Saya sentiasa berkata saya mahu menjuarai sesuatu kejohanan bersama Portugal. Bagi saya ini merupakan detik unik untuk semua rakyat Portugal,” kata bintang Real Madrid itu.