Ukah, 32, yang bermain di posisi pertahanan, diambil untuk menggantikan pemain import dari Australia, Robert Cornthwaite yang digugurkan kerana kecederaan selain gagal mempamerkan aksi konsisten.

Pemain dengan ketinggian 1.8 meter yang dilahir dan dibesarkan di Parma, Itali itu pernah beraksi untuk kelab Inggeris, Queens Park Rangers pada musim 2005-2006.

Selain Ukah, Selangor turut mempunyai tiga pemain import lain iaitu Mauro Olivi dari Argentina, Andik Vermansah (Indonesia) selain penyerang dari Liberia, Patrick Ronaldinho Wleh.

Pengurus Red Giants, Amirudin Shari turut berkata usaha FAS untuk mendapatkan khidmat bekas pemainnya Mohd. Shazlan Alias bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mohd. Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, gagal selepas ditolak Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan.

Jendela perpindahan pemain untuk pendaftaran kedua bermula pada 20 Jun lepas.

“Walaupun ada peluang kedua untuk rundingan, FAS tidak dapat berbuat demikian kerana pasukan Negeri Sembilan berada di luar kawasan untuk perlawanan Liga Perdana,” katanya dalam kenyataan hari ini.