Penyerang Senegal itu diasak pertahanan SIPG, Sun Xiang pada minit ke-63 dalam perlawanan yang menyaksikan pasukannya merekodkan kemenangan 2-1.

Ketika kedua-dua pemain itu terjatuh, kaki Ba terkena but Xiang, menyebabkan ia bengkok sebelum patah.

Pasukan perubatan Shenhua bergegas memasuki padang tanpa menunggu isyarat pengadil untuk merawat Ba dan perlawanan dihentikan selama lapan minit akibat kecederaan ngeri itu.

Bercakap selepas tamat perlawanan, jurulatih Shenhua, Gregorio Manzano memberitahu, kecederaan itu berisiko menamatkan karier Ba yang merupakan penjaring terbanyak Liga Super setakat ini dengan 14 gol.

“Selama 33 tahun saya menjadi jurulatih, saya sudah menang, seri dan kalah dalam mana-mana perlawanan, tetapi hari ini merupakan kemenangan yang amat pahit kerana apa yang berlaku kepada Demba Ba adalah sesuatu yang tidak ingin melihat.

“Bola sepak kadangkala tidak adil kerana membenarkan sesuatu yang buruk berlaku kepada seseorang yang baik. Insiden itu boleh menamatkan kariernya,” kata Manzano.

Shenhua dalam satu kenya­taan mengesahkan pemain berusia 31 tahun itu patah kaki akibat insiden tersebut.