Namun kekalahan tersebut langsung tidak mencemaskan pengendali dari Portugal itu sebaliknya tetap mempertahankan kemampuan anak buahnya yang bermain tanpa bintang-bintang utama mereka yang masih berehat selepas beraksi dalam Euro 2016.

“Tidak adil untuk saya terus sahaja menilai kemampuan sebenar pemain saya. Namun dari hari ke hari, mereka semakin mendapat kepercayaan saya,” katanya mengenai pemain United yang baharu sahaja bersama selama 10 hari berbanding Dortmund yang telah berlatih selama sebulan.

Dari segi kecergasan juga katanya, Dortmund lebih baik terutama untuk beraksi dalam cuaca panas 35 darjah Celsius.

“Saya tahu setiap kali perlawanan pramusim, pasukan yang lebih cergas akan beraksi lebih baik. Ini berlaku setiap tahun sekarang,” ujar Mourinho.

Tanpa Wayne Rooney, Chris Smalling, Zlatan Ibrahimovic, Anthony Martial, Marouane Fellaini dan Morgan Schneiderlin, United tidak sehebat mana dalam perlawanan kedua di bawah Mourinho itu. – AFP