Rundingan perpindahan yang antara lain menyaksikan pemain berusia 23 tahun itu menandatangani kontrak lima tahun dengan gaji 290,000 pound seminggu dijangka dimuktamadkan tengah hari Jumaat waktu tempatan.
Pogba yang kini bercuti di Amerika Syarikat selepas membantu Perancis mara ke final Euro 2016 dijangka menjalani ujian kesihatan dan kecergasan di Los Angeles.
Rekod dunia perpindahan pemain sebelum ini dipegang Real Madrid yang membayar Tottenham 86 juta pound untuk membawa pemain Wales, Gareth Bale ke Santiago Bernabeu pada 2013.
Pogba meninggalkan Old Trafford pada Julai 2012 selepas kecewa kurang diberikan peluang beraksi bersama pasukan utama Manchester United, selain keengganan Alex Ferguson untuk memenuhi permintaan pengurusnya, Mino Raiola memperbaiki kontrak Pogba.
Juvestes pada ketika itu dilaporkan hanya membayar Manchester United 800,000 pound sebagai pampasan mendapatkan pemain itu.