Jika anda memerlukan ingatan bahawa Sukan Olimpik akan lebih berharga daripada harta dan ganjaran yang adil, maka pasukan bola sepak Zimbabwe adalah salah satu contoh di Rio de Janeiro.

“Selain kegembiraan layak ke Sukan Olimpik, ini merupakan pencapaian terbesar yang kami lakukan sebagai wanita di negara ini.

“Saya tidak berfikir sebelum pencapaian ini kami mendapat pengiktirafan sebagai pemain bola sepak wanita di negara ini dan pasukan bola sepak wanita secara umum,” kata Muzongondi.

Hanya dibayar AS$20(RM80) sehari setiap kali dipanggil oleh skuad kebangsaan dan AS$50 (RM201) untuk setiap perlawanan maka tidak menghairan semua pemain wanita Zimbabwe mempunyai pekerjaan sendiri yang lain.

Malah sebelum ini mereka juga tidak mempunyai jersi pasukan sendiri sehingga terpaksa menggunakan jersi lama yang dipakai oleh pasukan bola sepak lelaki.

Kem latihan praOlimpik mereka hanyalah diadakan di kampus universiti di mana mereka tidur di bilik asrama yang kebiasaanya diduduki oleh pelajar dan makan makanan biasa dihidangkan di dewan makan kolej.

Malah peralatan latihan juga hanya menggunakan kelengkapan asas sahaja.

Walaupun pegawai-pegawai Zimbabwe telah memberi sedikit bantuan namun skuad itu hampir tidak dapat menyertai temasya terbesar dunia itu kerana tidak mempunyai wang mencukupi untuk ke Ivory Coast bagi bersaing dalam pusingan kelayakan.